Memiliki rumah yang selesa merupakan satu impian bagi setiap golongan muda dan mereka yang sudah berkeluarga.
Mencari rumah impian bukan satu halangan kerana terdapat banyak perumahan yang sedang dibangunkan di serata Malaysia. Namun, halangan terbesar bagi majoriti pembeli rumah pertama adalah untuk mendapat 'sokongan' bagi mendapatkan pinjaman perumahan.
Jangan risau kerana SJKP Sedia membantu!
Tapi sebelum itu, apa sebenarnya SJKP ni?
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) merupakan sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang menguruskan Skim Jaminan Kredit Perumahan yang bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang mempunyai pendapatan tetap atau tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.
Tahukah Anda?
Pada 24 Februari 2023, melalui pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan sebanyak RM5 bilion dengan had pembiayaan yang lebih tinggi; sehingga RM500,000.Yes!
Apa Pekerjaan Korang Sekarang?
Rider
Penghantaran
Peniaga ‘Online’
Penggiat Seni
Usahawan
Content Creator
Siapa Yang Layak Untuk Memohon?
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
- Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
- Kategori berpendapatan tetap
- Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
- Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
- Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
- Tiada rekod tertunggak CCRIS* (Central Credit Reference Information System) melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
- Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ternyata telah membantu mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap/slip gaji untuk membeli rumah idaman mereka. Beberapa individu ini merupakan pembeli yang sudah berjaya membeli rumah menerusi skim ini. Terbaik!
Christopher Wong Yi Lung, 21 (Mekanik)
Memiliki rumah merupakan satu halangan terbesar buat saya kerana usia yang masih muda dan tidak mempunyai gaji yang tinggi. Tetapi selepas mengetahui tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) daripada rakan, saya cuba nasib dengan membuat permohonan pinjaman di Bank Rakyat.
Saya sangat gembira kerana proses pinjamannya jadi lebih cepat dan mudah. Semestinya saya mahu orang lain untuk turut sama memohon pinjaman rumah dengan skim ini. Saya bagi 5 bintang untuk SJKP!
Azlen Binti Abu Bakar, 40 (Bekerja Sendiri)
Sebagai seorang pengusaha spa dan turut menawarkan servis menjaga ibu yang baru lepas bersalin, dengan pekerjaan saya ini agak sukar untuk saya beli rumah kerana biasanya bila kita hantar permohonan untuk pinjaman rumah, kita dah kena standby duit 10% daripada harga rumah yang kita nak beli.
Sebagai seorang yang bekerja sendiri, halangan terbesar adalah bagi peniaga yang tak ada caruman KWSP. Bila dokumen tak cukup kuat, pinjaman perumahan memang susah dapat. Syukur saya tahu tentang SJKP ini menerusi salah seorang pelanggan saya yang telah mendapat manfaat dari skim ini.
Skim SJKP memudahkan permohonan pinjaman perumahan saya yang diperolehi melalui Bank Rakyat. bila dapat tahu permohonan saya dah lulus, raya seronok sangat dan prosesnya pun tak rumit. Saya memang sangat sarankan peniaga seperti saya untuk turut sama beli rumah menerusi skim ini.
Elangovan A/L Nadasan, 51, (Bekerja Sendiri)
Saya Elangovan, berumur 51 tahun dan bekerja sendiri. Untuk membeli rumah adalah sukar kerana saya bukannya ada pendapatan yang tetap. Tetapi kini semua berubah selepas saya menonton video di laman TikTok mengenai SJKP. Melalui Bank Rakyat dan SJKP, kini impian saya untuk mempunyai sebuah rumah tercapai.
Asha A/P Balan, 41, (Data Entry Dan Usahawan)
Sebagai orang yang bekerja sendiri, untuk membeli rumah sudah pastinya susah. Tambah-tambah untuk mendapatkan pinjaman jangka panjang. Selain itu harga rumah yang makin naik dan pendapatan tidak stabil menyukarkan untuk proses saya dapatkan pinjaman.
Tetapi mujur seorang pegawai bank sudi menerangkan secara terperinci mengenai SJKP dan membantu saya membuat permohonan. Prosesnya pantas dan tidak membebankan.
Kini impian saya untuk menyediakan tempat berteduh yang lebih selesa untuk keluarga tercapai.
Bagaimana Cara untuk saya mohon SJKP?
Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada Institusi Kewangan terlibat
Institusi Kewangan Terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak
Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi jaminan pembiayaan
SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan)
Institusi Kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP
Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan
Ingat! Permohonan bukan dihantar ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.
Jangan pula anda tercari-cari pautan untuk memohon secara dalam talian pula!
Antara institusi kewangan yang terlibat adalah:
Cara Dapatkan Rumah Pertama Dengan Mudah!
Korang pasti tertanya-tanya adakah pembiayaan Skim SJKP ini mempunyai sebarang terma pembiayaan atau tidak kan?
Ada dan ini termanya:
Had pembiayaan
Sehingga RM500,000 termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian
Tempoh pembiayaan
Sehingga 35 tahun, atau; Sehingga tempoh pembiayaan, pinjaman dua generasi dibenarkan
Jaminan pembiayaan
Jaminan 100% di atas jumlah pembiayaan Termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian
Kadar faedah
Seperti ditentukan bank terlibat berdasarkan kadar asas standard dan kadar pinjaman
Terbukti Skim SJKP sudah membantu ramai memiliki rumah idaman pertama mereka
Jika sebelum ini anda tidak cakna tentang skim ini, kini anda sudah tahu. Tiada yang mustahil dan segalanya bermula daripada usaha anda.
Anda mahu gembira seperti Farouk dan Maya? Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang SJKP serta dokumen yang anda perlu sediakan untuk langkah pertama memohon rumah idaman anda. Selamat berjaya!