Alice
Pemilik butik jahitan.
Menguruskan pesanan,
membekal dan melayan
pelanggan setiap hari.
Aiman
Bapa kepada dua orang anak.
Menguruskan perbelanjaan
isi rumah dan perbelanjaan
harian.
Alice membuka studio jahitan kerana minatnya. Beliau sangat mencintai hasil kerja sendiri yang melibatkan fabrik serta sulaman.
Di peringkat permulaan perniagaan, Alice menjangkakan cabaran utamanya adalah pelanggan. Rupanya beliau silap.
Cabaran utama adalah untuk menguruskan rekod kewangan apabila tempahan semakin banyak.
Tempahan dibuat melalui pelbagai saluran:
Dalam masa yang sama, pembekal perlu diberi keutamaan. Alice turut membekalkan kain, zip, butang serta memberikan perkhidmatan sulaman.
Transaksi direkodkan secara manual iaitu resit dengan tulisan tangan, tulisan di nota kecil serta paparan gambar di telefon bimbit.
Lama-kelamaan, pengurusan rekod menjadi tidak terurus dan berselerak.
Tempahan dibuat melalui
pelbagai saluran:
Dalam masa yang sama, pembekal perlu diberi keutamaan. Alice turut membekalkan kain, zip, butang serta memberikan perkhidmatan sulaman.
Transaksi direkodkan secara manual iaitu resit dengan tulisan tangan, tulisan di nota kecil serta paparan gambar di telefon bimbit.
Lama-kelamaan, pengurusan rekod menjadi tidak terurus dan berselerak.
Perkara ini menyebabkan Alice
bertambah serabut:
Apabila hujung bulan, Alice menjadi semakin sibuk untuk memastikan bayaran yang diterima adalah sepadan dengan penyata bank, menyusun resit yang bertimbun serta mengira keuntungan.
Ada kalanya, Alice tidak dapat menerima tempahan baharu kerana risau tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan serentak dengan menguruskan rekod dan dokumentasi transaksi.
Alice kini mengeluarkan e- Invois menggunakan Portal MyInvois dan MyInvois e-POS iaitu sistem e-POS percuma yang disediakan oleh HASiL bagi membantu PMKS sekaligus mematuhi keperluan e-Invois.
Dengan e-Invois, tugas Alice menjadi lebih pantas. Dahulu Alice mengambil masa 10 hingga 12 jam seminggu, kini dengan e-Invois hanya 2 hingga 3 jam sahaja!
Alice merasakan perubahan ini menjadi lebih pantas dan lebih teratur.
Portal MyInvois dan MyInvois e-POS bantu perniagaan bagi
menguruskan rekod secara teratur dan lebih sistematik
membantu anda lebih masa untuk fokus melebarkan rangkaian
perniagaan.
Peniaga berpeluang memberi tumpuan kepada perniagaan
disamping menguruskan rekod perniagaan dengan teratur
dan mudah serta pantas menerusi MyInvois.
Ketahui maklumat lanjut menerusi laman mikro e-Invois.
Aiman bekerja disamping menguruskan
anak-anak ke sekolah, meredah
kesibukan trafik serta perlu menghadiri
mesyuarat.
Lepas waktu kerja, Aiman perlu
menghantar anak ke tuisyen atau aktiviti
kokurikulum. Kadang-kadang Aiman ingin
berbelanja untuk diri sendiri tetapi
semuanya perlukan masa dan wang.
Tanpa sedar, perbelanjaan keluarga
semakin bertambah.
Aiman cuba untuk menguruskan resit perbelanjaan tetapi realitinya, banyak perbelanjaan yang dibuat tidak disimpan seperti:
Resit yang disimpan dalam dompet juga ada yang pudar, hilang dan ada juga tiada dokumen fizikal. Apabila semua dokumen tidak teratur, Aiman mungkin berbelanja lebih dan sukar untuk jejak semula perbelanjaan.
Aiman cuba untuk menguruskan resit perbelanjaan tetapi realitinya, banyak perbelanjaan yang dibuat tidak disimpan seperti:
Resit yang disimpan dalam dompet juga ada yang pudar, hilang dan ada juga tiada dokumen fizikal. Apabila semua dokumen tidak teratur, Aiman mungkin berbelanja lebih dan sukar untuk jejak semula perbelanjaan.
Aiman bukan pelupa, tetapi terlalu sibuk.
βAku layak tuntut pelepasan cukai yang mana ya?β βResit raket badminton masih ada ke?β
Resit pembelian hilang, menyebabkan Aiman terlepas peluang untuk tuntut pelepasan cukai.
Situasi tersebut sememangnya membuatkan Aiman rugi.
Dengan e-Invois, Aiman lebih tenang dan urusan lebih teratur.
Aiman sedar bahawa masalahnya dapat diselesaikan dengan memohon e-Invois atas perbelanjaan yang dibuat.
Aiman dapat menguruskan perbelanjaan dengan teratur apabila adanya rekod secara digital dan mudah disemak.
MyInvois disediakan oleh HASiL bagi memastikan pengurusan rekod yang lebih teratur secara digital.
Memudahkan penyimpanan dokumen dan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan.
Bagi individu, anda hanya perlu memohon e-Invois dari penjual dengan mengemukakan maklumat ringkas.
Dengan MyInvois, penyimpanan dokumen menjadi lebih teratur dan mudah. Pengurusan kewangan tidak lagi menjadi beban.
Untuk maklumat lanjut mengenai e-Invois, layari laman mikro e-Invois.
*Tertakluk kepada perniagaan yang telah melaksanakan e-Invois.