Ramai yang fikir kalau nak mulakan bisnes sendiri, kena reka produk atau jenama sendiri dari awal.
Tak kisah la produk tu kraftangan atau servis yang korang boleh sediakan, tapi ini perlukan masa dan usaha.
Cara paling mudah untuk korang buat duit tepi adalah dengan menjadi PENJUAL SEMULA.
Paling hebat tentang GM Klang, banyak produk sedia ada yang boleh korang beli secara borong dengan harga berpatutan. Lepas tu, terpulang la korang nak jual macam mana sekalipun.
Tak pasti nak mulakannya di mana?
Tempah lawatan percuma ke GM Klang melalui aplikasi mereka, dan mereka akan bantu korang buat pilihan yang sesuai!
Cara paling mudah dan murah untuk jalankan bisnes korang adalah melalui kedai online.
Ia boleh jadi semudah menjual produk menggunakan akaun peribadi korang di Facebook Marketplace, Carousell, Instagram, atau TikTok.
Ada juga yang menggunakan livestream untuk melariskan jualan mereka, jadi customer akan lebih seronok dan teruja.
Bila perniagaan korang dah maju, boleh pertimbangkan untuk jual di platform online seperti Shopee, Lazada, atau laman web e-dagang pula.
Bayangkan sekarang korang nak beli karpet.
Kalau korang seorang penjual semula, salah satu cara untuk tonjolkan diri korang (selain daripada harga) adalah melalui produk estetik visual.
Bila customer bandingkan dua barang yang serupa secara online, biasanya mereka akan pilih produk yang kelihatan cantik melalui gambar.
Itulah sebabnya penting untuk korang usaha lebih bagi mencantikkan setting korang sebelum photoshoot atau livestream.
Kalau korang perlukan ruang tambahan, GM Klang boleh bantu dengan menyediakan kemudahan studio mereka secara percuma!
Satu lagi perkara penting untuk dipertimbangkan ialah cara korang hantar produk kepada customer korang.
Walaupun korang masih baru, tak ada masalah untuk korang buat secara tunai semasa cash-on-delivery (COD) atau manual. Tapi, korang kena fikirkan juga misalkan ada pesanan dari luar dan apa akan jadi kalau bisnes korang semakin maju.
Bermula dengan cara bungkus produk dengan selamat, sehinggalah mengatur logistik penghantaran, kena plan lebih awal, sebab ini semua boleh majukan atau hancurkan bisnes korang tau.
Sekarang korang dah ada segala-galanya, sampai masa untuk jual, jual dan jual!
Sebagai penjual baharu, mula-mula korang mungkin kena tebalkan muka sikit, sama ada promosikan kepada keluarga dan rakan korang, atau jiran tetangga.
Tapi jangan risau, mula dari kecil-kecilan, lama kelamaan korang akan nampak bisnes korang perlahan-lahan semakin maju.
Kalau korang tak pasti macam mana nak tetapkan harga produk korang, berikut ialah rujukan secara kasar:
Ketahui cara tetapkan harga produk korang:
Kos produk x (100% + margin keuntungan) = Harga jualan